Pages

Sunday, 13 December 2015

Dumpling Ayam

ASAL USUL DUMPLING

Sempena sambutan Tahun Baru China, tidak kira di China utara, atau di China selatan, orang China sangat mementingkan makanan. Pada malam sebelum Tahun Baru China, mereka sekeluarga makan dan minum bersama-sama, dengan makanan yang beraneka jenis. 

Jiaozi atau dumpling merupakan makanan yang amat penting dan tidak boleh dikurangkan. Mereka makan Jiaozi, dengan harapan semoga bahagia dan kehidupan serba lancar pada tahun baru.

Jiaozi pada asalnya dipanggal "Jiao Er"dicipta oleh Zhang Zhongjing,seorang doktor yang hebat dalam sejarah China.

Pada zaman dinasti Donghan (tahun 25-220 Masihi), penyakit berjangkit telah melanda pelbagai tempat di China. Zhang Zhongjing menggunakan tepung sebagai kulit Jiaozi yang diisi dengan daging kambing, cili, dan ubat-ubatan herba. Selepas memasaknya, beliau memberikan"Jiao Er"kepada para pesakitnya sehingga hari terakhir tahun itu. Makanan ini terbukti dapat membantu ramai orang yang kembali menjadi sihat. Pada 1 bulan pertama imlek China, warga China menyambuat Tahun Baru dan kemudian merayakan pula hari penyembuhan semula. 

Mereka menggunakan tepung, daging dan sayur-sayuran sebagai mana yang digunakan dalam"Jiao Er"sempena memperingati Zhang Jingzhong.

Memakan Jiaozi selama-lamanya menjadi istiadat orang China pada Tahun Baru Cina.

Dumpling ayam


Bahan -bahan 

Kulit dumpling secukupnya - boleh didapati di pasaraya besar dan pastikan ada logo halal. 
ayam cincang atau isi ayam segar yang telah dicincang
beberapa helai daun kucai/daun bawang/kubis - hiris ikut kehendak masing-masing 
1 inci halia - dicincang halus 
1 sudu sos bijan 
2 sudu kicap cair 
sedikit lada sulah atau lada hitam 
sedikit sos tiram 
udang - dicincang halus 
sedikit tepung jagung 
sedikit garam


Cara-caranya 

Gaul semua bahan-bahan inti. Ambil sedikit dan masukkan dalam kulit dumpling. Basahkan keliling kulit dumpling supaya permukaan mudah lekat dan tidak terbuka. Kelim mengikut kreativiti anda - rujuk utube jika inginkan kelim yang cantik. Kukus sehingga masak dan hidangkan bersama sambal pencicah. Boleh juga digorengatau dibuat sup.

Selamat mencuba

Sunday, 29 November 2015

Sambal Tumis Ikan Bilis


Assalamualaikum.

Ini adalah resepi turun temurun keluarga ibu mertua saya. Beliau berdarah Kampar yang mana susur galurnya berasal daripada Bukit Tinggi Indonesia. Negara Asia terkenal dengan kepelbagaian jenis sambal. Kebanyakan sambal ini pedas dan berperisa. Ada sambal yang dibuat dan dimakan secara mentah tanpa perlu memasakkannya terlebih dahulu. Bagi sambal tumis, ia perlu dimasak dengan minyak sehingga garing.

Bahan-bahan

Ikan bilis yang siap dibelah
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
cili kering yang telah dikisar
sedikit asam keping
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya

Goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau dan gunakan api yang perlahan. Pastikan sambal pecah minyak dan garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. setelah sambal masak. Masukkan asam keping. Kacau kemudian masukkan ikan bilis goreng. Gaul sehingga rata. Siap untuk dihidangkan. Pastikan anda menyimpan di dalam bekas kedap udara agar ikan bilis rangup dan tidak lemau. 

Selamat mencuba



Salam Perkenalan.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Blog ini ditubuhkan untuk berkongsi resepi masakan tradisional dan moden. Segala resepi-resepi telah dicuba yang kebanyakkannya diambil daripada resepi blogger masakan terkenal. Salam perkenalan dari saya buat semua.