ASAL USUL DUMPLING
Sempena sambutan Tahun Baru China, tidak kira di China utara, atau di China selatan, orang China sangat mementingkan makanan. Pada malam sebelum Tahun Baru China, mereka sekeluarga makan dan minum bersama-sama, dengan makanan yang beraneka jenis.
Jiaozi atau dumpling merupakan makanan yang amat penting dan tidak boleh dikurangkan. Mereka makan Jiaozi, dengan harapan semoga bahagia dan kehidupan serba lancar pada tahun baru.
Jiaozi pada asalnya dipanggal "Jiao Er"dicipta oleh Zhang Zhongjing,seorang doktor yang hebat dalam sejarah China.
Pada zaman dinasti Donghan (tahun 25-220 Masihi), penyakit berjangkit telah melanda pelbagai tempat di China. Zhang Zhongjing menggunakan tepung sebagai kulit Jiaozi yang diisi dengan daging kambing, cili, dan ubat-ubatan herba. Selepas memasaknya, beliau memberikan"Jiao Er"kepada para pesakitnya sehingga hari terakhir tahun itu. Makanan ini terbukti dapat membantu ramai orang yang kembali menjadi sihat. Pada 1 bulan pertama imlek China, warga China menyambuat Tahun Baru dan kemudian merayakan pula hari penyembuhan semula.
Mereka menggunakan tepung, daging dan sayur-sayuran sebagai mana yang digunakan dalam"Jiao Er"sempena memperingati Zhang Jingzhong.
Memakan Jiaozi selama-lamanya menjadi istiadat orang China pada Tahun Baru Cina.
Dumpling ayam |
Bahan -bahan
Kulit dumpling secukupnya - boleh didapati di pasaraya besar dan pastikan ada logo halal.
ayam cincang atau isi ayam segar yang telah dicincang
beberapa helai daun kucai/daun bawang/kubis - hiris ikut kehendak masing-masing
1 inci halia - dicincang halus
1 sudu sos bijan
2 sudu kicap cair
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit sos tiram
udang - dicincang halus
sedikit tepung jagung
sedikit garam
Cara-caranya
Gaul semua bahan-bahan inti. Ambil sedikit dan masukkan dalam kulit dumpling. Basahkan keliling kulit dumpling supaya permukaan mudah lekat dan tidak terbuka. Kelim mengikut kreativiti anda - rujuk utube jika inginkan kelim yang cantik. Kukus sehingga masak dan hidangkan bersama sambal pencicah. Boleh juga digorengatau dibuat sup.
Selamat mencuba