Makan Makan
Suka makan makan
Saturday, 2 January 2016
Pizza Pasta
Pasta merupakan makanan tradisional masyarakat Itali yang berasal daripada Sicily. Terdapat pelbagai jenis pasta yang ada di pasaran. Kena rebus sebelum pasta ini boleh di masak atau makan.
Bagi pizza pasta ini, saya menggunakan pasta spiral. Rebus selama 15 minit sebelum dimasak sebagai pizza.
Bahan-bahan :-
1 cawan sos carbonara
1 biji bawang besar di potong dadu
1 labu bawang putih di cincang
1 biji lada benggala
1 cawan keju Parmesan parut
sedikit garam, gula dan lada hitam
Rebus pasta kemudian toskan. Campurkan kesemua bahan kecuali keju parut. Gaul rata dan taburkan keju parut di atas pasta tadi. Boleh taburkan pepperoni atau pun hirisan bawang. Masak selama 30 minit suhu 170 C. Potong ketika masih panas. Memang umphh
Selamat mencuba.
Friday, 1 January 2016
Congo Bar
Pencuci mulut ini berasal daripada Amerika. Ia adalah olahan resepi tradisional Brownies. Rasa serta tekstur yang agak sama tetapi menggunakan bahan yang berlainan.
Mengikut bacaan saya, Congo Bar ini agak kenyal seperti Brownies. Tetapi tidak menggunakan serbuk koko. Bahan utama adalah marjerin yang dipukul bersama gula perang.
RESEPI CONGO BAR
Bahan-bahannya:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang (saya guna 220 gm sahaja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara-cara membuatnya:
- Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
- Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
- Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
- Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
Spaghetti Aglio
Spaghetti aglio e olio atau spageti dengan bawang putih dan minyak. Merupakan hidangan tradisional masyarakat Itali yang berasal daripada Napoli.
Hidangan ini diperbuat daripada bawang putih yang dicincang dan ditumis dengan minyak zaiton. Tambahan serbuk cili kering dan spageti yang telah di tos. Akhir sekali masukkan daun parsley cincang serta penambah perisa iaitu pautan keju Parmesan.
Resepi ini saya menggunakan bahan tambahan iaitu satu kiub ayam serta sedikit cendawan butang bagi rasa yang enak mengikut tekak saya. Resepi ini amat mudah dan bahan-bahan yang digunakan pula senang untuk dicari.
Selamat mencuba.
Sunday, 13 December 2015
Dumpling Ayam
ASAL USUL DUMPLING
Sempena sambutan Tahun Baru China, tidak kira di China utara, atau di China selatan, orang China sangat mementingkan makanan. Pada malam sebelum Tahun Baru China, mereka sekeluarga makan dan minum bersama-sama, dengan makanan yang beraneka jenis.
Jiaozi atau dumpling merupakan makanan yang amat penting dan tidak boleh dikurangkan. Mereka makan Jiaozi, dengan harapan semoga bahagia dan kehidupan serba lancar pada tahun baru.
Jiaozi pada asalnya dipanggal "Jiao Er"dicipta oleh Zhang Zhongjing,seorang doktor yang hebat dalam sejarah China.
Pada zaman dinasti Donghan (tahun 25-220 Masihi), penyakit berjangkit telah melanda pelbagai tempat di China. Zhang Zhongjing menggunakan tepung sebagai kulit Jiaozi yang diisi dengan daging kambing, cili, dan ubat-ubatan herba. Selepas memasaknya, beliau memberikan"Jiao Er"kepada para pesakitnya sehingga hari terakhir tahun itu. Makanan ini terbukti dapat membantu ramai orang yang kembali menjadi sihat. Pada 1 bulan pertama imlek China, warga China menyambuat Tahun Baru dan kemudian merayakan pula hari penyembuhan semula.
Mereka menggunakan tepung, daging dan sayur-sayuran sebagai mana yang digunakan dalam"Jiao Er"sempena memperingati Zhang Jingzhong.
Memakan Jiaozi selama-lamanya menjadi istiadat orang China pada Tahun Baru Cina.
Dumpling ayam |
Bahan -bahan
Kulit dumpling secukupnya - boleh didapati di pasaraya besar dan pastikan ada logo halal.
ayam cincang atau isi ayam segar yang telah dicincang
beberapa helai daun kucai/daun bawang/kubis - hiris ikut kehendak masing-masing
1 inci halia - dicincang halus
1 sudu sos bijan
2 sudu kicap cair
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit sos tiram
udang - dicincang halus
sedikit tepung jagung
sedikit garam
Cara-caranya
Gaul semua bahan-bahan inti. Ambil sedikit dan masukkan dalam kulit dumpling. Basahkan keliling kulit dumpling supaya permukaan mudah lekat dan tidak terbuka. Kelim mengikut kreativiti anda - rujuk utube jika inginkan kelim yang cantik. Kukus sehingga masak dan hidangkan bersama sambal pencicah. Boleh juga digorengatau dibuat sup.
Selamat mencuba
Sunday, 29 November 2015
Sambal Tumis Ikan Bilis
Assalamualaikum.
Ini adalah resepi turun temurun keluarga ibu mertua saya. Beliau berdarah Kampar yang mana susur galurnya berasal daripada Bukit Tinggi Indonesia. Negara Asia terkenal dengan kepelbagaian jenis sambal. Kebanyakan sambal ini pedas dan berperisa. Ada sambal yang dibuat dan dimakan secara mentah tanpa perlu memasakkannya terlebih dahulu. Bagi sambal tumis, ia perlu dimasak dengan minyak sehingga garing.
Bahan-bahan
Ikan bilis yang siap dibelah
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
cili kering yang telah dikisar
sedikit asam keping
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-caranya
Goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau dan gunakan api yang perlahan. Pastikan sambal pecah minyak dan garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. setelah sambal masak. Masukkan asam keping. Kacau kemudian masukkan ikan bilis goreng. Gaul sehingga rata. Siap untuk dihidangkan. Pastikan anda menyimpan di dalam bekas kedap udara agar ikan bilis rangup dan tidak lemau.
Selamat mencuba
Salam Perkenalan.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Blog ini ditubuhkan untuk berkongsi resepi masakan tradisional dan moden. Segala resepi-resepi telah dicuba yang kebanyakkannya diambil daripada resepi blogger masakan terkenal. Salam perkenalan dari saya buat semua.
Blog ini ditubuhkan untuk berkongsi resepi masakan tradisional dan moden. Segala resepi-resepi telah dicuba yang kebanyakkannya diambil daripada resepi blogger masakan terkenal. Salam perkenalan dari saya buat semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)